Monday, 8 December 2014

Khutbah Jumaat Selaras yang ditulis oleh Imam Ahmed Al Hassan (as), pada 21 Mac 2008.

Khutbah Jumaat Selaras yang ditulis oleh Imam Ahmed Al Hassan (as), pada 21 Mac 2008.

Edisi Bahasa Melayu

Berikut adalah khutbah Jumaat yang selaras (piawai| untuk semua Ansar, yang ditulis oleh Imam Ahmed Al Hassan (AS), Washiy dan Utusan dari Imam Mahdi (AS) dan Yamani dijanjikan. Ia telah disampaikan oleh para Khatib khutbah Jumaat di seluruh dunia pada 21 Mac 2008. Kami berharap orang ramai memerhatikannya untuk melihat kebijaksanaan besar yang menerangi jalan untuk sesiapa sahaja yang mencari petunjuk dengan jujur dan ikhlas. Dan taufiq dari Allah

===========================
Khutbah Jumaat pada
21/3/2008
===========================

Khutbah Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما
اللهم العن أعداء محمد وال محمد في الأولين والآخرين

Ya Allah kutuklah musuh-musuh Muhammad dan Aali Muhammad, dari yang awal hingga yang akhir.

Beberapa hari lalu adalah ingatan kesyahidan Imam Al Hassan Al Askary (as),

Semoga Allah memuliakan kamu dengan ganjaran.

Dan kepada kemuliaan Nabi Besar, Muhammad (S) dan para Imam (as), dan khususnya Imam Al Hassan bin Ali Al Askary (as). Semoga Allah memberikan rahmat-Nya pada sesiapa yang membaca Al-Fatihah didahului oleh selawat atas Muhammad dan Aali Muhammad (as).

Ya Allah kutuklah pembunuh Imam yang dizalimi dan yang sangat berdukacita, Al Hassan bin Ali (as) Imam orang-orang Islam dan Hujjah-Mu di seluruh alam, dan anak dari anak perempuan Nabi-Mu Muhammad (S).

Ya Allah laknatkanlah sesiapa yang memperbaharui bencana atas kami, sama seperti hari pertama apabila mereka merobohkan maqam dan meremehkan kesuciannya, Ya Allah kutuklah pelaku dan penolongnya dan sesiapa yang rela dengan kekejaman yang hebat ini.

Ya Allah Kurniakanlah kami daya dan upaya (kemampuan dan kekuatan), bilangan dan peralatan serta pertolongan sehingga kami boleh menuntut bela Imam yang suci dan dizalimi ini (as) dan menuntut bela atas semua para nabi dan aushiak (as) dari orang-orang yang menzalimi mereka, dari orang-orang yang bersetuju (redha) dengan tindakan nenek moyang dan bapa-bapa mereka dan mengikuti jalan mereka, sama ada dengan membunuh jasad atau dengan merobohkan maqam atau dengan memerangi jalan yang nyata dan merobohkan binaan yang haq dengan bid’ah palsu dan pendapat ciptaan (fatwa baru), dan sesiapa yang mengikuti mereka dan melantik (berwalak) mereka sebagai pemimpin.

Ya Allah jadikanlah kami dari pewaris Imam yang suci dan dizalimi ini dan jadikan kami dari orang-orang yang mengikuti sunnahnya dan menjadikan kami berjaya dalam menghidupkan semula agamanya dan agama datuknya, Muhammad Al-Mushthafa (S) dan menolak bid’ah yang palsu dan pendapat ciptaan (fatwa baru), dari agama yang benar yang diterimanya untuk kita.

﴿آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ  *لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ﴾

Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali".* Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".[Al-Baqarah 2: 285-286]

Kami mempunyai hak untuk bertanya-tanya (rasa hairan) pada masa ini, apabila ia tidak sukar untuk sesiapa mencari dan menyiasat kejadian sejarah dan membuat andaian terhadap kebenaran daripadanya. Apabila kita melihat seseorang yang mendakwa telah Islam dan mendakwa beriman kepada Al-Quran pada hal dia membaca firman Allah SWT

﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى وَمَنْ يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْناً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ﴾

... Katanlah "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali mengasihi pada keluargaku". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. [Al-Syura 42:23]:

Namun demikian mereka suka memilih dan melantik orang-orang yang menentang Aali Muhammad (as), dari keluarga Muhammad (S) yang paling dekat (utama) yang Allah perintahkan supaya mengasihi mereka, tetapi mereka cenderung untuk menghilangkan jejak (tinggalan) mereka (as) dan merobohkan maqam-maqam mereka (as). Adakah mengasihi mereka dengan kebencian bahkan melanjutkan kedengkian manusia kepada mereka, dan membunuh mereka dan meremehkan kehormatan mereka?!

Dan adakah meremehkan Al-Quran lebih mulia daripada mendahulukan orang lain atas mereka (as) atau menyamakan mereka (as) dengan orang lain atau mengasihi musuh-musuh mereka (as)?

Dan bagaimana boleh melahirkan kebencian dengan cara yang lebih besar kepada mereka (as) daripada dengan menghilangkan jejak tinggalan mereka dan merobohkan maqam-maqam mereka?

Bagaimana demikian Wahai kaum?!!

Apakah yang terjadi padamu? Bagaimana (caranya) kamu menetapkan? Dan Allah tidak menjadikan ganjaran (menyampaikan) Al-Risalah melainkan dngan mengasihi mereka (as).

Dan bukan hanya mengasihi tetapi untuk cenderung, melaksanakan dan menerima kata-kata mereka, yang bermaksud bahawa Allah meminta semua umat Islam untuk mengasihi Aali Muhammad (as) dan yang menerima kata-kata mereka adalah maksud sebenar untuk mengasihi mereka, bermakna mengasihi dan mengiktiraf mereka kerana mereka adalah Hujjaj Allah kepada makhluk-Nya dan pemimpin orang-orang Islam.

Dan untuk mengetahui lebih lanjut makna mengasihi, kita lihat lebih dekat pada ayat Allah yang berbunyi:

﴿وَ مِنْ آياتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْواجاً لِتَسْكُنُوا إِلَيْها وَ جَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَ رَحْمَةً إِنَّ فِي ذلِكَ لآَياتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.[Al-Rum 30:21]

Iaitu yang terjadi antara [suami ister] lelaki dan wanita yang berkasih sayang, oleh itu kasih dari wanita itu ialah ketaatan dan penyerahan kepada lelaki kerana dia adalah pemimpinnya,:

﴿الرِّجالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّساءِ بِما فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلى بَعْضٍ وَ بِما أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوالِهِمْ

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. ..." [Al-Nisaa’ 4:34]

Adapun rahmat (sayangnya) dari lelaki adalah kasih sayang daripada yang kuat terhadap yang lemah (wanita), dan yang kuat menyayangi yang lemah.

Bagi sesiapa yang mendakwa diri mereka sebagai Muslim harus melihat pendiriannya terhadap Aali Muhammad (as) sebagai persediaan untuk kedudukan akhiratnya di mana dia boleh diberi penghormatan di tangan Allah Yang Maha Suci yang mewajibkan mengasihi Aali Muhammad (as) dan patuh kepada kata-kata mereka;

﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى﴾

... Katanlah "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali mengasihi pada keluargaku". [Al-Syura 42:23]:

Agar tiada lagi helah (penipuan) Syura untuk ditegakkan, dalam kesempatan yang sedikit ini saya ingin menyatakan hak imam Ali (as) dan sesungguhnya dia dan Aali Muhammad (as) adalah Imam-imam dan Hujjaj Allah atas penciptaanNya, dan bahawa prinsip Syura dalam memilih Khalifah Allah atau Pemerintah terhadap urusan Allah adalah tidak sah (bathil). Dan dan saya rasa cukuplah kisah terbatalnya Mosa (as) dengan kaumnya, apabila beliau memilih 70 orang untuk pergi bersamanya ke tempat dia berkata-kata dengan Allah, tetapi mereka semua ingkar, dan tidak seorang pun daripada 70 orang yang dipilih oleh Musa (as) bersifat sholeh (baik), jadi bagaimana pula dengan pilihan Ahli Syura, kerana mereka pula bukan orang tertentu yang dipilih oleh Musa (as) dan tidak seorang pun yang terdiri dari orang yang sholeh..

Fikirkanlah kata-kata saya, wahai yang mendakwa sebagai pencari kebenaran.

Saya datang untuk menjadi saksi kepada kebenaran dan menerangkan kebenaran, saya tidak datang untuk mengajak orang mengikuti saya, matlamat saya adalah untuk mendedahkan kebenaran dan membezakan perkara yang bathil, dan itulah sebabnya saya katakan kepada semua orang supaya tidak mengharapkan pujian daripada saya, adalah mustahil untuk sesiapa dari kita untuk meninggalkan sesuatu yang berkaitan kebenaran atau untuk melihat sesuatu yang bathil hanya untuk mendapat kasih atau memuaskan hati orang.

Kerana apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti..

Dan perkara untuk membicarakan hak Imam Ali (as) dan para Imam dan Mahdi-mahdi dari keturunannya (as) dengan cara yang sangat ringkas.

Jika seseorang memiliki sebuah kapal atau sebuah kilang atau apa sahaja tempat di mana terdapat orang-orang yang bekerja, tidakkah dia sepatutnya melantik seorang nakhoda (kapten) kapal atau pengurus kilang atau ketua untuk pekerja-pekerja tersebut, jika dia tidak berbuat demikian, kapalnya akan tenggelam atau kilangnya akan musnah atau apa-apa kerosakan akan berlaku, maka sudah tentu pemilik itu dianggap bodoh atau tidak bijak.

Kemudian setelah ditetapkan kapten kapal, pengurus kilang atau ketua bagi mengurus orang-orangnya dan ternyata bukanlah yang paling berkebolehan dalam bidangnya. Ini pasti mengakibatkan kekurangan dalam pengeluaran kilang atau berlakunya sesuatu yang menyebabkan bahaya tertentu seperti tenggelamnya kapal disebabkan kejahilan ketua ini dalam mengendalikan kaedah-kaedah dan melayarkan kapalnya. Sudah tentu pemiliknya akan dipersalahkan dan dikira sebagai bodoh atau tidak bijak. Ianya adalah satu kemestian dan keperluan untuk memilih yang paling tahu di kalangan pekerjanya atau melengkapkannya dengan ilmu sepatutnya agar berkelayakan dan berkemampuan dalam melayarkan kapalnya untuk kembali semula ke darat dengan aman dan mengendalikan kilang sehingga memperolehi pengeluaran terbaik.

Setelah itu, pemilik tersebut perlu mengarahkan pekerja-pekerjanya untuk mematuhi orang yang dilantiknya itu. Jika tidak ianya akan menyebabkan pekerja-pekerjanya bertindak sesuka hati mereka setelah tidak diarahkan untuk berbuat demikian. Bila berlakunya pemaksaan, maka sudah tentulah pemiliknya akan dianggap sebagai kurang bijak atau bodoh kerana tiada faedahnya menetapkan kepimpinan atau ketua yang berkelayakan, sekiranya tidak diarahkan mentaatinya. Tidak akan ada orang yang berakal lagi bijaksana akan berpendapat selain daripada ini iaitu wajib ditentukan ketua yang mempunyai ilmu atau kepandaian yang mencukupi serta diwajibkan untuk mematuhi arahannya.
                                                             
Saya tidak fikir mana-mana orang yang waras akan mengatakan sesuatu yang lain selain dari yang berikut:

"Seorang pemimpin harus dilantik dan beliau mesti memiliki atau diberi semua pengetahuan yang diperlukan dan rakyat perlu diperintahkan untuk taat kepadanya."

Dan ini disebutkan dalam Al-Quran, kerana dengan khalifah Allah SWT pertama di bumi undang-undang ini telah diletakkan, dan ia adalah dengan meletakkan undang-undang ini iaitu undang-undang mengenal khalifah Allah dan HujjahNya ke atas hamba-Nya, bahkan ia adalah undang-undang untuk mengenal Allah, kerana dengan mengenal Hujjah Allah, Allah akan dikenali, jadi dilantik Imam dan ketua dan khalifah Allah adalah dalam firmanNya SWT:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:" Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi "Mereka berkata" Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah.? Padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau "Dia berkata:" Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya." [Al-Baqarah 2:30]

Dan hakikatnya khalifah ini adalah lebih seperti di dalam firmanNya SWT:

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

"Dan Dia telah mengajarkan Adam akan segala nama-nama, kemudian ditunjukkanNya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama-nama ini semuaNya jika kamu golongan yang benar”. (Al-Baqarah 2:31)

Dan perintah untuk taat kepada khalifah yang di dalam firmanNya SWT:

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padaNya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya” (Al-Hijr 15:29), 

Juga sesiapa yang merujuk kepada Taurat dan Injil akan mendapati banyak ditemukan yang betul-betul sepadan dengan ayat Al-Qur'an tentang kenyataan bahawa undang-undang ini untuk mengenal khalifah Allah atau undang-undang mengenal Allah adalah tiga perkara yang saya tunjukkan.

Jadi washiy (pemegang wasiat) Rasulullah adalah orang yang paling berilmu selepas Rasulullah dan orang yang diperintah Rasulullah dengan perintah Allah memerintah manusia supaya mentaatinya. Mesti ada seseorang, yang mempunyai tiga perkara, jika tidak, siapa yang berkata tidak ada, menuduh Allah SWT tiada kebijaksanaan.

Saya bertanya, siapa? Dan saya menunggu jawapan kepada mereka yang saya tanyakan, dengan harapan mereka berlaku adil kepada diri mereka sendiri dengan memberikan jawapan yang haq.

Dan ia memerlukan perhatian kita kerana sejak awal lagi ada yang menolak dari mematuhi perintah Allah dan menolak mana-mana perantara di antara mereka dan Allah, dan menolak Adam (as) sebagai kiblatnya kepada Allah, dan ini adalah penolakan yang keji, ia adalah iblis (la3nahu Allah) (merak (Thawus) malaikat), ya saya tegaskan, ini adalah di kalangan yang enggan sujud kepada Adam (as), Merak di kalangan para malaikat, saya berharap bahawa sesiapa yang mahu menjawab soalan ini didahului untuk membangkitkan makna ini, Allah berfirman:

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا﴾

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu”. (Al-Kahf 18:50)

Dan mungkin salah satu daripada pengikut terbesar iblis, yang menolak pengantara di antara mereka dan Allah, sebagaimana yang dikehendaki Allah, dan menolak khalifah Allah dan HujjahNya atas hamba-hambaNya, untuk menjadi kiblat mereka, adalah pengikut Wahabi, mereka bahkan melebihi iblis pemimpin mereka (la) dan mencontohi mereka yang enggan sujud kepada khalifah Allah, di mana bukan sahaja mereka mengikuti langkah-langkah Iblis, tetapi melebihi Iblis dalam menunjukkan kebencian dan kedengkan mereka terhadap khalifah Allah di muka bumi ini, Aali Muhammad (as), lalu mereka merobohkan tempat-tempat suci mereka di Perkuburan Baqi3 di Madinah Al-Munawarah, dan ia amat jelas kerana hanya Muhammad (S) dan Aali Muhammad (as) yang telah dikebumikan di sana. Dan mereka menyempurnakan kebencian mereka di Samraa’, Iraq, dan mereka mendakwa dengan melakukan demikian mereka mahu menjaga Tauhid dan mereka menolak syirik.

Lihatlah, wahai orang-orang yang tanpa prasangka dengan mata kebenaran dan biarlah Al-Quran menjadi ukuran anda, anda akan dapati bahawa syirik yang didakwa oleh orang-orang supaya ditolak, adalah sujud malaikat kepada Adam (as), dan anda akan dapati bahawa Tauhid didakwa oleh orang-orang supaya diterima, adalah penolakan Iblis (la), supaya sujud kepada Adam (as).

Inilah mereka, menurut kepercayaan mereka, iblis (la), adalah guru tauhid mereka kerana dia enggan sujud kepada sesiapa melainkan Allah, dan menurut kepercayaan mereka yang menyeleweng (rosak), malaikat adalah musyrik kerana mereka sujud kepada selain Allah .

Tetapi kemudian bukan wahabi sahaja satu-satunya golongan yang mengikuti pendekatan yang jahil ini dengan menidakkan Hujjah Allah dan yang mempunyai perasaan permusuhan dan kebencian terhadap Aali Muhammad (as), kerana ada ramai golongan yang mendahului mereka dalam umat ini, seperti Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah dan yang lain-lain, yang membunuh Aali Muhammad (as) dengan nama-nama dan pedang-pedang mereka.

Yazid (la), mendakwa menjadi khalifah Rasul Muhammad (S) tetapi membunuh Al-Hussain (as) dalam nama Rasul (S), dan begitu juga dengan Bani Abbasiyah, walaupun para Imam (as) Hujjaj Allah datang dengan tiga perkara yang disebut sebelum ini yang mewakili undang-undang ilahi untuk mengenal Hujjah Allah.

Dan hari ini perkara yang sama berlaku lagi, dan dengan cara yang paling berbahaya, dengan pendekatan merobohkan dan membakar dan membunuh diamalkan oleh waris mereka hari ini, orang-orang yang memanggil diri mereka tentera Al-Marja3iyah, ya Al-Marja3iyah yang kedua untuk Imam Al Mahdi (as), sama seperti Khalifah Yazid (la), untuk Rasul Muhammad (S). Kedudukan yang sama, jenayah yang sama, tuduhan-tuduhan yang sama dan kaedah yang sama, maka Al Hussain, anak Rasulullah (S), adalah musuh-musuh Islam kepada penduduk Iraq, dan mereka semua berkumpul untuk membunuhnya, ya kerana di mata mereka dia menderhaka kepada Khalifah Al-Rasul Muhammad (S), Yazid ibn Muawiyah (la).

Dan hari ini perkara yang sama berlaku, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, tidak ada yang berubah, Ya Allah, cuma perkara tersebut hari ini adalah lebih jelas kerana ia adalah sunnah seperti apa yang berlaku sebelumnya, Sepatutnya memberi manfaat kepada manusia, dan tidak mengulanginya sekali lagi, tetapi adalah mustahil bagi mereka untuk tidak mengikuti sunnah nenek moyang mereka, dengan ini mereka adalah bukti betapa benarnya kata-kata Imam (as), iaitu:

"Oleh kerana mereka menerima apa yang bapa-bapa mereka lakukan, apabila mereka telah membunuh Al-Hussain (as)"

Al-Hussain (as) bukan sekadar nama yang dibunuh lebih daripada 1000 tahun yang lalu sehingga auliak dan Syiah beliau menangisinya dan berkabung atas apa yang berlaku kepadanya, Al-Hussain (as) muncul untuk membersihkan urusan Ketuanan Allah (Hakimiyah Allah), dan mengakui bahawa ia adalah Kehendak Allah, dan menyerlahkan ia tidak diredhai Allah.

Semalam, hari ini, dan esok, pembunuhan Al-Hussain (as) adalah oleh orang-orang yang menolak dan masih melanggar apa yang Al-Hussain (as) korbankan. Dan kita tidak boleh melihat bukti yang lebih jelas bahawa ulamak (fuqahak) akhir zaman dan pengikut mereka di Iraq, yang tidak hanya memecahkan matlamat Al-Hussain (as), tetapi mereka memecahkannya hanya untuk memenuhi kehendak Amerika, mereka adalah pembunuh Al-Hussain (as) pada masa kini, jadi apa yang boleh kita harapkan daripada mereka dan pengikut mereka, ya kita tidak mengharapkan apa-apa daripada mereka melainkan apa yang mereka lakukan kepada kita, membunuh dan memusnahkan dan mengobarkan jenayah yang mendedahkan mereka dan rasa malu mereka, mereka adalah makhluk Allah yang paling jahat, jadi jangan mengharapkan sesuatu dari mereka kecuali sesuatu yang jahat yang keluar dari mereka dan masih akan berlaku lagi.

Kalau Yazid (la), membunuh bayi Al-Hussain (as), tetapi mereka membunuh lebih daripada seorang bayi, dan mereka sanggup membunuh beratus-ratus lagi. Pembunuh mereka adalah ejen-ejen Amerika, yang mengintai di dalam gelap, lebih cemerlang dari Yazid dan orang-orang seperti Yazid yang menjadi yang paling rendah dari yang terendah.

Ya Allah laknatlah empat berhala; Hubal, 3uzza, Lata, dan Manat, pada zaman ini, dan orang-orang seperti mereka, dan orang-orang yang mengikuti mereka, Ya Allah kutuklah mereka dengan kutukan yang berat dan kutuklah dalang mereka, Amerika, dengan kutukan yang berat.

Wahai orang yang beriman, anda telah mencapai kemenangan pada 10 Muharram, anda telah mengalahkan iblis dan tenteranya dengan kekalahan yang paling teruk, anda hitamkan muka iblis (la), dengan sujud dan menyerah kepada Allah (SWT), dan anda tidak terjejas oleh bilangan atau persediaan anda yang sedikit, dan sejumlah besar musuh anda dan persediaan mereka yang besar, anda telah mengalahkan Kesyaitanan Yazidiyah Al-Marja3iyah dengan kekalahan yang paling teruk. Ya, demi Allah anda telah mengalahkan mereka sebelum ilmu yang telah dikurniakan kepada anda oleh Allah, maka rasa malu di bidang ilmu dan kejahilan mereka terserlah, di hadapan anda, ke tahap mana mereka terpaksa menggunakan helah yang jahil semampu mereka iaitu untuk membunuh dan memerangi kepercayaan yang benar, betul-betul seperti ulamak sesat nenek moyang mereka lakukan terhadap dakwah para nabi dan aushiak (as), dan walaupun mereka melakukannya, yang menang, adalah yang berkorban untuk menegakkan pegangan Al Hussain (as), iaitu Ketuanan Allah (Hakimiyah Allah), selepas dia dihalang daripada disebarkan perjuangan Al Hussain (as) dengan perkataan, atau para pembunuh tentera Kesyaitanan Yazidiyah Al-Marja3iyah (la), orang-orang yang menentang perjuangan Al Hussain (as), ketuanan Allah (Hakimiyah Allah). Darah kemenangan anda dan masih memenanginya, dan ia masih mengalir dan dapat mengalahkan dengan nikmat kurniaan Allah dan nikmat darah yang tertumpah dan menjadi seperti lembing-lembing yang menikam dan masih menikam jantung syaitan dan menjadi seperti kilat yang memanah dan merobohkan binaan kebatilan.

Demi Allah, kamu beriman telah mengalahkan keinginan dan keakuan (Al-Ana) anda, syaitan, dunia dan semua perhiasannya. Berhati-hatilah kamu dengan kesedihan dan aduan dan jangan berhenti dari bersabar, kerana kesabaran adalah kunci kepada kelapangan, dan itu adalah kelapangan (kelegaaan) anda, dan anda telah bersabar pada masa lalu dan kini ia adalah lebih penting lagi untuk bersabar, kerana hanya ada sedikit masa yang tinggal. Dan jika anda menderita, mereka juga mengalami derita, dan anda mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan, dan setelah beberapa ketika akhirnya mereka akan menjadi seperti berakhirnya Yazid (la) dan tenteranya, di akhirat akan diazab dengan azab yang lebih berat dan pada hari yang tidak ada guna alasan mereka apabila menyeru yang menyeru melainkan kutukan Allah ke atas orang-orang yang zalim..

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ ِينِ﴾

==========================================
Khutbah kedua:
==========================================
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

﴿وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ﴾

(Dan orang-orang mukmin dan beramal sholeh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.) [Muhammad 47:2] 

Ini adalah keadaan orang-orang mukmin bersama Hujjah Allah

Mereka mulai beriman dengan kata-kata Allah dan membenarkannya, kemudian beramal dengannya dan membenarkan Hujjah Allah ke atas mereka, dan dia adalah yang haq (kebenaran) dari Tuhan mereka, maka apakah balasan dari Tuhan mereka
كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ
(Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka)

Sekarang kita bertanya kepada diri kita sendiri, adakah kita beramal dengan firmanNya Yang Maha Tinggi:
كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ
(menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka)

Saudara mukmin sekelian, Allah SWT menerangkan bahawa sesungguhnya Dia membersih dan menyucikan. Allah yang telah menghilangkan  kesalahan-kesalahannya bukan hanya mengampunkan tetapi: (menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka) menghapuskan maknanya benteng (tutup) dan lindung. Ya, bukan sahaja diampunkan tetapi dilindungi dan dibentengi (disembunyikan) Adakah kamu tahu yang disembunyikan??

Tersembunyi dari para malaikat,

Ya, dari bumi dan dari segala maksiat atau dosa itu dilihat tidak lagi wujud dan tiada kesan seperti sesuatu tidak dilihat oleh malaikat, yang pada Allah tidak lupa apa yang telah ditulisNya.

Ya, dan bumi dan segala-galanya,

 Orang-orang yang jahil berkata tentang hakikat bahawa dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan diampunkan Allah tetapi kesannya masih ada mewakili diri di papan tulisan dan dosa-dosa yang terikat itu bersuara dan mereka mengatakan bahawa dicabut ikatan itu sehingga tinggal kesannya. Jadi mereka melihat bahawa dosa-dosa tersebut diampuni yang tinggal adalah kesannya, begitulah kata mereka.

Aku katakan, kebenaran yang aku katakan pada kamu, kamu tidak betul, mengapa kamu cakapkan sesuatu yang tidak kamu ketahui, mengapa kamu menutup pintu Malakut (kerajaan Langit) dalam menghadapi orang yang sesal yang mengetuk paku (pengikat) pada papan tulisan itu bukannya pada Dia Pencipta papan tulisan itu, supaya Dia boleh mengembalikannya kerana yang akan mengampun dosa-dosa hanyalah Allah yang mencipta diri itu, dan Dia yang berkuasa atas segala-sesuatu,

Berkuasa untuk mengembalikan diri ia termasuklah,

Seorang hamba yang jika dia bertaubat kepada Allah, maka Allah melupakan Malaikat Al-Katibin (Penulis) apa yang ditulisnya, dan melupakan dosa yang dilakukan hamba itu di bumi, tidak terlihat olehnya kerana diangkat semua kesan dosa dari kesalahan seorang hamba mukmin yang ikhlas dalam taubatnya,

Ya, Kembali seperti hari dilahirkan ibunya,

Fitrah suci (seperti asal) tiada dosa, tiada tinggalan dan tidak ada suatu pun diingat,

Ya, dengan kurniaan (rahmat) Allah, Dia meninggalkan sedikit rasa bersalah hambanya supaya tidak bercakap mengenainya, ia juga tidak diterima oleh Allah, tetapi agar tidak kembali kepadanya dan merasakannya, tidakkah maksiat dengan ketaatan meresap mempengaruhinya,

Jadi wahai yang bertaubat kamu hari ini suci bersih seperti hari ibumu melahirkan kamu,
Bukannya pintu-pintu langit itu menghalang wajah kamu jika kamu ingin mempertingkatkan diri,
Kamu ingin menjadi Al-Muqarrabin (orang-orang yang rapat) Ya silakan pintunya terbuka kepada kamu, yang dibuka oleh Al-Rauf Al-Rahim,

Allah ingin kamu supaya mendengarNya, Dia Yang Maha Tinggi,

Seruan di sisi kamu ada rayuan syaitan,

Kamu jangan tertipu dengan pertanyaannya, siapa kamu, apa asal kamu, untuk menjadi Al-Muqarrabin (orang-orang yang rapat),

Kamu jangan tertipu dengan pertanyaannya, siapa kamu, sehingga kamu ingin meningkat kepada Illiyin (Maqam Tertinggi),

Walaupun perlu diberi perhatian kepadanya, katakan padanya, saya hamba yang hina (miskin) lagi berdosa, seba kurang dan penuh kesalahan, tetapi pintu-pintu Tuhanku Al-Rauf Al-Rahim telah dibuka ditawarkan untukku sejak mula lagi.

Jadi ini adalah keadaan orang mukmin dengan para Hujjah Allah
كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ
(menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka)

Sekarang kita tahu bagaimana menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka, Maka adakah kita memberi hak mereka. Adakah kita memberikan kesemua hak kebersihan dan kesucian mereka ini. Bagaimana kita menanganinya antara kita, Ya diwajibkan ke atas setiap seorang daripada kita mengetahui bahawa saudara mukmin kita adalah dimuliakan Allah, dan Allah mengasihi orang mukmin dan mengasihi sesiapa yang mengasihiNya. Adakah mencukupi untuk tahu bahawa dia suci dan Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya untuk mengasihinya. Adakah mencukupi bahawa Allah mengasihinya supaya dikasihi. Adakah mencukupi bahawa Anbiak dan Aushiak mengasihinya supaya dikasihi. Adakah mencukupi bahawa malaikat mengasihinya supaya dikasihi. Adakah mencukupi bahawa Allah tidak redha menyakiti orang mukmin dengan perkataan untuk mengelakkan kedukaannya. Adakah mencukupi untuk mengetahui bahawa yang mengasihi penciptaan pada Allah yang mengasihi Allah untuk bermula sekali lagi.

Wahai mukmin yang suci kasihilah atau tinggalkanlah dari menyakiti saudara mukminmu yang suci. Ya, kamu perlu untuk meningkatkannya. Nanti pintu-pintu dibuka kepada kamu, maka jangan cenderung dengan tipu daya syaitan kepadakamu. Kemudian jangan sekali-kali kamu meninggalkan dari mengasihi orang-orang mukmin atau menyakiti mereka nanti pintu-pintu ditutup yang telah dibuka kepada kamu sekali lagi.

Adakah kita termasuk dari firmanNya Yang Maha TInggi
وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ
(dan memperbaiki keadaan mereka)
Adakah kita gembira dengan nikmat keselamatan agama dan Wilayah Al-Haq,

﴿قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ﴾

(Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.") [Yunus 10:57]

Adakah kita tidak peduli apa yang kita terlepas dari perkara-perkara duniawi, termasuk pertolongan kebendaan. Adakah kita tidak gembira mendapat pertolongan kebendaan, walau hanya dicapai dengan limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya

﴿لِكَيْلا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُور﴾ٍ

(supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak mengasihi setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,) [Al-Hadid 57:23]

Jika kita sedemikian maka kita akan diuji (وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ - dan memperbaiki keadaan mereka)
Ya memperbaiki keadaan mereka dengan redha dengan ketentuan (qadha’)-Nya dan menyerah pada perintah-Nya
Memperbaiki keadaan mereka dengan mengabdikan diri kepada-Nya SWT
Memperbaiki keadaan mereka dengan beramal di tangan hujjah-Nya
Memperbaiki keadaan mereka dengan ikhlas kepada-Nya SWT
Memperbaiki keadaan mereka dengan harap dan rasa takut

Terdapat mungkin yang mempunyai Pemikiran Jahiliyah berpendapat bahawa memperbaiki keadaan mereka dengan memperbaiki dunia mereka iaitu dengan urusan-urusan kebendaan duniawi kerana dunialah yang menghadkan ilmu mereka.

Manakala hakikat pada memperbaiki keadaan mereka adalah:

Dunia seluruhnya adalah jahil, melainkan tempat-tempat ilmu
Dan ilmu semuanya hanyalah hujjah, melainkan apa yang diamalkan
Dan amalan semuanya hanyalah riyak (menunjuk-nunjuk), melainkan apa yang ikhlas
Dan ikhlas itu dalam keadaan yang amat getir sehinggalah seseorang itu melihat apakah kesudahan baginya (nanti).”
Maka keadaan mereka asyik (sibuk) denganNya SWT. Adakah terdapat sesuatu islah (perbaikan) daripada keadaan asyik (sibuk) dengan Allah.

Ya, mereka adalah benar-benar (memperbaiki keadaan mereka)

والسلام عليكم ايها المؤمنون ورحمة الله وبركاته وتحياته وصلواته على الصابرين عند المصائب والمصاعب .

Salam atas kamu, wahai orang-orang mukmin, dan rahmat Allah dan barkahNya, kemuliaan dan selawat (sanjungan)-Nya atas orang-orang yang sabar pada bencana dan kesusahan.

والسلام على اولياء الله حقا وصدقا الذين صدقوا ماعاهدوا الله عليه فصدقهم الله وعده
Dan salam atas Auliak Allah yang haq dan dalam kebenaran yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. maka Allah telah memenuhi janji-Nya kepada mereka.

واسكنهم عليين مع انبياءه ورسله، السلام عليكم يامن عبرتم الى الاخرة بأمن وسلام وعلى سلامة من الدين الذي يحبه الله ويرضاه وأسأل الله ان يشفعكم في امرنا والدعاء لنا نحن المساكين الذين لازلنا نقبع في هذا العالم المظلم ليكون عبورنا يوم يُكتب لنا العبور الى النور الذي عبرتم له.

Dan menempatkan mereka di Illiyin bersama para nabi dan Rasul-rasulNya, Salam atas kamu wahai yang menyeberang ke akhirat dalam keadaan aman damai dan agama yang selamat, bahawa yang dikasihi Allah dan diredhaiNya, dan memohon kepada Allah dengan syafaat kamu pada urusan kami, dan mendoakan untuk kami yang serba kurang yang masih bersungut di alam yang gelap ini, hari-hari yang menjadi laluan kami, dituliskan untuk kami laluan menyeberang ke cahaya yang kamu telah tunjukkan kepadanya.

اللهم انصرنا وانتصر بنا لدينك بفضلك ومنك وعطائك الابتداء.

Ya Allah tolonglah kami mencapai kemenangan bagi agama-Mu dengan kurnia dari-Mu dan pemberianMU sebagai permulaan
.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
إِذا جاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَ الْفَتْحُ * وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْواجاً *
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَ اسْتَغْفِرْهُ  *إِنَّهُ كانَ تَوَّاباً


Saturday, 6 December 2014

Peraturan Ilahi Dalam Mengenali Hujjah Atau Khalifah Allah Di Muka Bumi.

Peraturan Ilahi Dalam Mengenali Hujjah Atau Khalifah Allah Di Muka Bumi.

Bagaimana Membezakan Pendakwa Kebenaran Dan Kebathilan?



Adakah Allah SWT telah meletakkan peraturanNYA dalam mengenali  pendakwa kebenaran pada setiap zaman iaitu Hujjah Allah SWT ke atas hambaNYA serta Khalifah Allah SWT di muka bumiNYA? Mentaatinya bermakna mentaati Allah SWT. Manakala Ingkar kepadanya bermakna ingkar kepada Allah SWT. Beriman dengannya dan tunduk kepadanya adalah keimanan dan tunduk kepada Allah SWT. Menafikannya serta berpaling daripadanya adalah penafian kepada Allah SWT dan berpaling daripadaNYA.


Adakah Allah SWT terlupa atau dengan sengaja meninggalkan hal ini? sedangkan DIA SWT adalah Penguasa Sebenar dan telah menetapkan setiap sesuatu dengan sebaik-baik ketetapan. Firman Allah SWT:: 

﴿اللَّـهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُ وَكُلُّ شَيْءٍ عِندَهُ بِمِقْدَارٍ﴾

"Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung di dalam rahim itu atau yang lebih, dan setiap sesuatu itu ditetapkan di sisiNYA dengan kadar yang tertentu". [Al Ra'd 13:8]

DIA SWT juga Maha Mengetahui sebagaimana firmanNYA: 

﴿وَرَبِّي لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَالِمِ الْغَيْبِ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَلَا أَصْغَرُ مِن ذَٰلِكَ وَلَا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ﴾

Demi Tuhanku yang Maha Mengetahui segala perkara yang Ghaib, hari kiamat itu sesungguhNya akan datang kepada kamu . Tiada tersembunyi dari pengetahuanNYA barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuaNya tertulis di dalam Kitab yang terang lagi nyata". [Saba' 34:3

Jelas sekali bahawa keperluan kebijakan Ilahi dalam meletakkan peraturan bagi mengenali khalifah Allah di muka bumiNYA pada setiap zaman. Peraturan ini juga mestilah telah ditetapkan sejak hari pertama Allah SWT menjadikan khalifah bagi mewakiliNYA di muka bumiNYA ini. Tidak mungkin iaNya ditetapkan kemudian iaitu dalam salah satu risalah-risalah terkemudian yang diturunkan dari langit, melainkan telah ditetapkan bersama-sama dengan kewujudan manusia pertama iaitu Adam a.s. Sepertimana keyakinan umum yang tidak menafikan kewujudan Iblis LA sejak hari pertama lagi. Manusia amat memerlukan peraturan ini dalam mengenali pembawa kebenaran Ilahi agar tidak dijadikan alasan untuk tidak mengikuti serta mentaatinya. Mereka mungkin beralasan bahawa tidak mampu membuat perbezaan disebabkan tidak pernah wujud sebarang peraturan Ilahi dalam mengenali khalifah Allah ini. Namun di sana wujud ketetapan yang diyakini oleh semua umat Islam berkaitan dengan peristiwa di hari pertama Allah SWT menjadikan khalifah bagi mewakiliNYA di muka bumiNYA. Ianya adalah seperti berikut:

1) Allah SWT telah menaskan atau melantik Adam a.s di hadapan para Malaikat dan juga Iblis bahawa dia adalah khalifah di muka bumiNYA, sebagaimana firmanNYA: 

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ﴾

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: SesungguhNya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertaNya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: SesungguhNya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah 2:30)

2) Setelah itu, Allah SWT mengajarkan Adam a.s kesemua nama-nama iaitu nama-nama Ketuhanan, sebagaimana firmanNYA: 

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

"Dan Dia telah mengajarkan Adam akan segala nama-nama, kemudian ditunjukkanNya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama-nama ini semuaNya jika kamu golongan yang benar”. (Al-Baqarah 2:31)

3) Kemudian Allah mengarahkan mereka yang menyembahNYA pada waktu tersebut iaitu para Malaikat dan Iblis untuk sujud kepada Adam a.s, sepertimana dalam firmanNYA: 

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padaNya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya” (Al-Hijr 15:29), 

Dan

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا﴾

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu”. (Al-Kahf 18:50)

Ketiga-tiga syarat ini adalah peraturan yang ditetapkan Allah SWT dalam mengenali hujahNYA atas umat manusia dan khalifah Allah SWT di muka bumiNYA. Ianya adalah Sunnah Allah (Aturan Allah) yang telah ditetapkan dalam mengenali khalifah Allah sejak dari hari pertama penciptaan Adam a.s lagi. Ianya akan terus berkekalan sehingga pengakhiran dunia iaitu hari Kiamat, sebagaimana firmanNYA:

﴿سُنَّةَ اللَّـهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

“Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang berlaku kepada orang-orang yang telah lalu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu”. (Al-Ahzab 33:62)

﴿سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

"Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu”. (Al-Fath 48:23)

Peraturan Ilahi Dalam Penentuan Imam, Ketua Dan Khalifah Allah Adalah Bersesuaian Dengan Fungsi Akal Yang Sihat. 

Secara logiknya mana-mana insan yang memiliki kilang, ladang, kapal atau apa sahaja yang melibatkan pekerja yang bekerja untuknya. Hendaklah dia menentukan salah seorang daripada pekerja-pekerjanya untuk menjadi ketua dan dijelaskan namanya agar tidak berlaku anarki. Perlantikan ini juga perlu ditetapkan pada orang yang paling tahu dan berkelebihan, serta diarahkan semua pekerja agar mentaati ketua tersebut dalam melaksanakan apa yang diinginkannya. Kegagalan pemilik untuk berbuat demikian pasti akan mengakibatkan impiannya hancur musnah kerana ketiga-tiga aspek ini menggambarkan kebijakan seseorang. Oleh itu, sekiranya kita berkeyakinan bahawa kesemua aspek ini adalah keperluan bagi manusia yang bergelar pemilik, bagaimana pula kita mengharuskan salah satu dari tiga aspek ini ditinggalkan Allah SWT, sedangkan DIA SWT adalah Pemilik dan Penguasa mutlak buat semesta alam ini? 

Pelbagai contoh pemilik bot, kilang, ladang atau apa sahaja yang memerlukan sekumpulan orang yang bekerja untuknya, bukankah dimestikan padanya untuk menentukan kapten botnya, pengarah kilangnya atau ketua bagi mereka? Jika dia meninggalkan perkara tersebut sehingga menyebabkan tenggelamnya bot atau musnahnya kilang atau berlaku sesuatu yang berbahaya, maka sudah tentu pemilik itu dianggap bodoh atau tidak bijak.

Tetapi setelah ditetapkan kapten bot, pengarah kilang atau ketua dan ternyata bukanlah yang paling berkebolehan dalam bidangnya. Ini pasti mengakibatkan kekurangan dalam pengeluaran kilang atau berlakunya sesuatu yang menyebabkan bahaya tertentu seperti tenggelamnya bot disebabkan kejahilan ketua ini dalam mengendalikan prosedur-prosedur dan operasi berkaitan botnya. Sudah tentu pemiliknya akan dipersalahkan dan dicop sebagai bodoh atau tidak bijak. Ianya adalah satu kemestian dan keperluan untuk memilih yang paling tahu di kalangan pekerjanya atau melengkapkannya dengan ilmu sepatutnya agar berkelayakan dan berkemampuan dalam memimpin bot untuk kembali semula ke darat dengan aman dan mengoperasikan kilang sehingga memperolehi pengeluaran terbaik.

Setelah itu, pemilik tersebut perlu mengarahkan pekerja-pekerjanya untuk mematuhi orang yang dilantiknya itu. Jika tidak ianya akan menyebabkan pekerja-pekerjanya bertindak sesuka hati mereka setelah tidak diarahkan untuk berbuat demikian?. Bila berlakunya anarki, maka sudah tentulah pemiliknya akan dianggap sebagai kurang bijak atau bodoh kerana tiada faedahnya menetapkan kepimpinan atau ketua yang berkelayakan, sekiranya tidak diarahkan mentaatinya. Tidak akan ada orang yang berakal lagi bijaksana akan berpendapat selain daripada ini iaitu wajib ditentukan ketua yang mempunyai ilmu atau kepandaian yang mencukupi serta diwajibkan untuk mematuhi arahannya.

Ini semua dibuktikan di dalam Al-Quran bilamana Allah SWT menetapkan peraturan ini bersama-sama dengan penentuan Adam a.s sebagai khalifah Allah yang pertama di atas muka bumiNYA. Ini adalah peraturan dalam mengenali khalifah Allah atau hujahNYA ke atas hamba-hambaNYA, sekaligus peraturan dalam mengenal Allah SWT kerana dengan mengenali khalifah Allah ini, maka akan dikenali Allah SWT. Peraturan Ilahi ini disebutkan dalam firmanNYA seperti berikut:

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا﴾

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: SesungguhNya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertaNya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: SesungguhNya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah 2:30)

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ﴾

"“Dan Dia telah mengajarkan Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkanNya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuaNya jika kamu golongan yang benar”. (Al-Baqarah:31)

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padaNya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya”. (Al-Hijr:29)

Malahan terdapat banyak teks di dalam kitab Taurat dan Injil yang menerangkan hal yang serupa iaitu peraturan dalam mengenali khalifah Allah atau peraturan dalam mengenal Allah SWT, sepertimana yang telah diterangkan.

Persoalannya, siapakah pemegang wasiat (Washiy) Rasulullah (S)? siapakah orang yang paling alim selepas Rasulullah (S) ? Siapakah yang diarahkan oleh Rasulullah (S)  dengan perintah Allah SWT supaya ditaati selepasnya? Peribadi yang melengkapi ketiga-tiga peraturan Ilahi ini mestilah wujud pada setiap zaman. Jika ada yang mengatakan ianya tidak wujud, maka dia telah menuduh Allah SWT sebagai tidak bijaksana? Siapakah yang ingin berkata sedemikian? Soalan ini hendaklah dijawab dengan hati yang insaf dalam mencari kebenaran.

Di samping itu, jika kita renungi mereka yang menolak untuk tunduk kepada perintah Allah SWT, tidak menerima kewujudan perantara antaranya dan Allah SWT, dan membantah untuk menjadikan Adam a.s sebagai kiblatnya kepada Allah SWT adalah Iblis Laknatullah (Tawus Al-Malaikah) sejak dari mula lagi. Ya, diulang sekali lagi bahawa yang membantah untuk sujud kepada Adam a.s adalah Tawus Al-Malaikah iaitu yang paling alim dan paling banyak ibadahNya kepada Allah SWT di kalangan Malaikat. Seharusnya kita mengambil iktibar dan bertadabbur dalam dalam menjawab persoalan yang telahpun disebutkan Allah SWT dalam firmanNYA: 

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا﴾

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunanNya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu”. (Al-Kahf:50)

Perincian Peraturan Ilahi Bagi Mengenal Khalifah Allah

Peruntukan Ilahi ke atas Adam a.s berubah ke dalam bentuk wasiat disebabkan wujudNya khalifah terdahulu bilamana dinaskan atau diperuntukkan ke atas orang selepasnya dengan perintah Allah SWT berdasarkan kewajipannya sebagai khalifah Allah di muka bumiNYA, sebagaimana yang difirmankan: 

﴿إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴾

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahliNya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. sesungguhnya Allah itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (Al-Nisa’:58)

Tujuan Allah SWT mengajarkan Adam a.s nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkannya akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, memperelokkan dia dengannya dan memanifestasikanNya pada dirinya sebelum bergelar khalifah Allah di muka bumiNYA. Maka tindakan Adam a.s menerangkan kepada para Malaikat nama-nama tersebut adalah untuk mengenalkan mereka akan hakikat sebenar nama-nama ketuhanan, yang mana diciptakan mereka daripadanya. Oleh itu Allah SWT mengenalkan Adam a.s akan kesemua Nama-nama ketuhanan bersesuaian dengan kedudukannya sebagai khalifah Allah. Adapun di kalangan Malaikat tiada satu pun yang tahu melainkan hanya satu atau beberapa nama yang diciptakan mereka daripadanya. Dengan ilmu dan hikmah ini, maka terbuktilah hujah Adam a.s sebagai khalifah Allah SWT ke atas para Malaikat.

Perkara ketiga di dalam peraturan Ilahi ini ialah arahan Allah SWT kepada para Malaikat dan Iblis untuk sujud kepada Adam a.s. Ini bagi mempraktikkan perbuatan yang perlu dilakukan oleh khalifah Allah selaku individu yang diamanahkan khilafah padanya. Ia juga bagi mempraktikkan peranan yang perlu dimainkan oleh wakil-wakil (Malaikat) Allah SWT selaku pekerja dan penuntut di sisi khalifah Adam a.s. Sekaligus menetapkan bahawa Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di atas muka bumiNYA hanya dapat direalisasikan dengan mentaati khalifah Allah di muka bumiNYA. Hal yang sama juga berlaku pada semua Rasul termasuk Nabi Muhammad (S) , di mana mereka a.s membawa panji yang sama iaitu kepatuhan (Bai’ah) hanya kepada Allah atau Ketuanan dan Kekuasaan hanya untuk Allah SWT. Kesemua mereka a.s berhadapan dengan tentangan orang-orang yang ingin mengekalkan status quo iaitu Ketuanan Manusia dan sekaligus menolak Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, sehinggakan mereka a.s sentiasa dicurigai disebabkan tuntutan dan pertentangan ini. Isa a.s dikatakan datang untuk menuntut pemerintahan Bani Israel, sepertimana yang dituduhkan musyrikin Quraysh kepada Nabi Muhammad (S)  : “bukan Syurga dan bukan Neraka tetapi kekuasaan yang diinginkanya” atau dengan kata lain Muhammad (S)  diutuskan untuk menuntut kekuasaan bagi diri dan keluarganya. Tuduhan yang sama juga dilemparkan kepada Ali a.s sebagai gilakan takhta kekuasaan.

Namun bagi pengkaji-pengkaji sirah, hakikat sebenar yang berlaku adalah sebaliknya kerana penolakan mereka a.s terhadap dunia serta segala perhiasan yang ada di dalamnya samada berupa harta benda atau pangkat kekuasaan adalah amat nyata sekali. Mereka a.s hanya melaksanakan perintah Allah SWT supaya menuntut pengembalian Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT di muka bumiNYA. Malah mereka a.s mengetahui bahawa manusia tidak akan sekali-kali menyerahkan kekuasaan tersebut kerana akan ditentang dengan cara diperlekeh, dihina, dikeji, cubaan bunuh dan dipenjarakan. Inilah yang berlaku kepada pengganti serupa Isa a.s bilamana dipakaikan mahkota duri dan diperlekehkan sebelum dia disalib. Hal sedemikian juga berlaku kepada Ali a.s bilamana dipecahkan pintu rumahnya sehingga menyebabkan remuk tulang rusuk isterinya Fatimah a.s, serta diheret keluar secara paksa sedang pedang-pedang berkilauan di mukanya. Musa ibnu Jaafar Al-Kadzim a.s juga dipenjarakan sehingga maut bilamana dia a.s menetapkan sempadan Fadak sebagai Kekuasaan dan khilafah Allah di muka bumiNYA.

Beginilah tanggapan biasa orang-orang jahil yang sentiasa beranggapan bahawa tuntutan empunya sebenar kekuasaan Ilahi sebagai alasan untuk menjatuhkan mereka, sambil meneriakkan di muka empunyanya bahawa kedatangannya untuk menuntut kekuasaan bagi kepentingan dirinya sendiri. Hakikat sebenarnya bukan itu yang diinginkan oleh khalifah Allah ini dalam menuntut kekuasaan dunia, kerana dia sedia maklum bahawa tuntutannya ini akan menjadi sebab utama kehormatannya dicela dan diperlekehkan serta bakal ditentang hebat oleh mereka yang jahil ini. Malahan mereka yang jahil ini akan menggunakan cara yang biasa digunakan oleh kebanyakan manusia iaitu jalan tipu daya dan pemalsuan atau pembunuhan dan ancaman ketakutan untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Ini terbukti bilamana Ali a.s menuntut kekuasaan dan berkata “aku adalah pemegang wasiat Rasulullah (S)  dan aku adalah khalifah Allah di muka bumiNYA”, Namun hakikat sebaliknya yang berlaku iaitu Abu Bakar bin Quhafah yang mendapat kekuasaan duniawi, yang kemudiannya berkata “perbetulkanlah aku kerana aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu”. Dalam situasi ini, Adakah Ali a.s yang tamakkan dunia atau Abu Bakar yang zuhud akan kekuasaan dunia? Sedangkan Abu Bakarlah yang mengingkari hak Ali a.s sebagai khalifah Allah dan mengingkari wasiat Rasulullah (S)  kerana berkehendakkan kekuasaan dunia? Apakah rasionalnya???

Secara khususnya wasiat didatangkan bersama-sama dengan pemegang-pemegang wasiat (Aushiak) a.s sebagai menguatkan tuntutan mereka a.s di masa yang paling sukar. Sebagai contoh Hussain a.s dalam peristiwa karbala berkata kepada mereka yang memeranginya: ”carilah di muka bumi ini orang yang paling hampir dengan Muhammad (S)  nescaya kamu tidak akan menjumpaiNya selain aku” (انا سبط محمد الوحيد على هذه الأرض). seterusnya Hussain a.s menguatkan tuntutannya dengan wasiat dan nas Ilahi: 

ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٣٤

“Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui” (Ali-Imran:34). 

Mereka yang memahami ayat ini akan cepat mengetahui bahawa Hussain a.s hendak memberitahu tentang wasiat yang ada berserta dengannya a.s kerana dia a.s adalah satu-satunya zuriat yang diamanahkan khilafah dan masih hidup. 

Peraturan Ilahi Di Zaman Kemunculan Imam Mahdi a.s

Setelah kita mengetahui kewujudan peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah di muka bumiNYA sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul Alaihimussalam. Maka perlulah kita memanfaat dan beramal dengan peraturan Ilahi di zaman kemunculan yang suci ini iaitu zaman keluarga Muhammad kerana mereka yang tidak mempraktikkan peraturan ini adalah terdiri daripada pengikut-pengikut Iblis LA sepertimana yang diterangkan sebelum ini. Di dalam kitab injil juga diterangkan tentang Nabi Isa a.s telah menguatkan dakwaannya bahawa Nabi-nabi terdahulu di kalangan Bani Israel telah menyebutkannya, memberi khabar gembira tentangnya dan berwasiat tentangnya dan disebut namanya dalam kitab Taurat. Dia a.s datang untuk mengajarkan Al-kitab dan hikmah sambil menegakkan panji Ketaatan kepada Allah dan menuntut kekuasaan dan ketuanan Allah SWT di atas muka bumiNYA.

Begitu juga terdapat banyak riwayat di kalangan Ahli keluarga Muhammad (Aali Muhammad) a.s yang menyokong fakta berkaitan dengan peraturan Ilahi ini supaya pendokong-pendokong (Syiah) mereka tidak tersesat. Tetapi amat malang sekali kerana mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong-pendokong Ahlulbayt a.s di akhir zaman memilih untuk mengingkari dan menentang riwayat-riwayat ini dan juga Al-Quran yang mulia. Seterusnya mengikuti jejak langkah Ulamak Pasif (Ghayru Amilin) yang menyesatkan mereka serta mencampuradukkan yang hak dengan yang bathil sehingga mereka gagal untuk kembali kepada peraturan Ilahi dalam mengenali hujah Allah dan khalifahNYA. Peraturan Ilahi ini juga adalah merupakan ujian Allah SWT ke atas umat manusia keseluruhannya sepertimana terdapat dalam Al-Quran dan telah diterangkan sebelum ini. Semoga mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong-pendokong Ahlulbayt (Syiah ahlulbayt) dan juga penganut-penganut agama yang lainNya dapat memberi perhatian kepada peraturan Ilahi ini dan seterusnya dapat menyelamatkan diri mereka dari siksa api neraka.

Oleh itu, sekiraNya datang pemilik kebenaran Ilahi iatu pemegang wasiat dan pembawa berita gembira yang dikhabarkan oleh para Nabi Allah dan juga rasul-rasul terdahulu, maka akan diketahui peribadi tersebut melalui tiga perkara ini:

1. Wasiat: 

Iaitu orang yang terdahulu mewasiatkannya dan menyrbutkannya dengan nama, sifat dan tempat tinggalnya sepertimana wasiat kerasulan Muhammad (S)  daripada nabi-nabi yang terdahulu tentang namanya, sifatnya, Tunggangannya iaitu unta dan juga tempat tinggalnya iaitu Faran atau Mekah dan di sekitarnya (Arafat). Begitu juga banyak riwayat yang menunjukkan wujudnya pemegang wasiat di akhir zaman iaitu Mahdi pertama atau Al-Yamani lengkap dengan namanya, sifatnya, tunggangannya dan juga tempat tinggalnya.

2. Ilmu dan Hikmah

Sebagaimana Rasulullah (S)  diutuskan dengan ilmu dan kebijakan, begitulah juga halnya dengan pemegang wasiat di akhir zaman tersebut. firman Allah SWT: 

﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِين﴾

“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah, dan sesungguhNya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Al-Jumu’ah 62:2)

Rasul dalam ayat di atas adalah ditujukan kepada Muhammad bin Abdullah (S)  yang diutuskan di permulaan umat ini, setelah itu Allah berfirman lagi:

﴿وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾

“Dan juga yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Jumu’ah 62:3)

Rasul yang dimaksudkan dengan (وأخرين منهم) iaitu “yang lain dari mereka” adalah Mahdi pertama daripada anak Imam Mahdi Muhammad bin Hassan Al-Askari a.s, yang juga utusannya. Diajarkan juga kepada mereka Al-Kitab dan hikmah sebagaimana Rasulullah (S) . Nama baginda (S)  di langit adalah Ahmad, manakala Mahdi pertama namaNya di dunia adalah Ahmad dan namaNya di langit adalah Muhammad. Dia a.s adalah gambaran kepada Rasulullah (S)  iaitu diutuskan sepertimana diutuskan Muhammad (S) , dan melalui jalan dakwah sepertimana dilalui Muhammad (S) . Di sana pasti akan wujudNya Quraysh serta pemimpin-pemimpinnya, ummul Qura (Mekah), hijrah, Madinah dan setiap perkara yang mengiringi dakwah Rasulullah (S) . Cuma situasiNya sahaja yang berbeza manakala prinsip utamaNya adalah sama.

3. Tuntutan Ketuanan dan Kekuasaan Allah

Pemilik kebenaran Ilahi atau pemegang wasiat ini mestilah merealisasikan kebijakan dan ilmu pengetahuanNya dalam segenap segi realiti kehidupan seharian. Syukur kepada Ilahi kerana dengan kurniaNYA telah terbukti bahawa kesemua “ulama pasif” (ulama’ ghayru amilin) mengajak kepada ketuanan manusia melalui pilihanraya, syura dan saqifah di akhir zaman. Melainkan pemegang wasiat sebenar yang sentiasa mengajak kepada Ketuanan dan Kekuasaan Allah SWT, serta tidak pernah lari dari jalan yang diterangkan oleh Muhammad (S)  dan Ahlulbaytnya alaihimussalam. ianya adalah jalan yang ditetapkan Allah SWT untuk mendaulatkan panji Rasulullah (S)  iaitu Ketaatan kepada Allah (bai’ah kepada Allah).

Mereka yang selainnya telah bertindak mendaulatkan panji pilihanraya dan ketuanan manusia iaitu dengan jalan ketaatan kepada Taghut dan memenuhi kehendak-kehendak mereka. Malahan mereka mengajak manusia berbondong-bondong menyertainya dan memperdayakan orang-orang yang jahil tentang akidah sebenar yang diredhai oleh Allah SWT, sedangkan Ahlulbayt a.s telah memperjelaskan perkara ini dengan terang lagi nyata. Sebaik-baik contoh adalah darah Imam Hussain a.s di Karbala dan ucapan Fatimah a.s ketikamana umat Islam Madinah mengenepikan khilafah Ali a.s sebagai pemegang wasiat dan khalifah sebenar Rasulullah (S) :

“Wahai ummat manusia yang bergegas ke arah ucapan batil, yang diam dan rela atas tindakan keji dan merugi. Apakah kalian tidak merenungkan Al-Quran atau ada tembok di hati kalian?. Tidak demikian yang sesungguhnya, melainkan perbuatan buruk kalian telah mengalahkan hati kalian. Maka dia telah merampas telinga dan mata kalian. Sejelek-jelek pentakwilan adalah pentakwilan kalian. Seburuk-buruknya ganti adalah kebatilan yang kalian jadikan sebagai ganti dari kebenaran. Demi Allah sesungguhnya kalian akan menerima beban yang berat dan akibat yang dahsyat (di hari kiamat nanti). Ketika tabir telah terungkap bagi kalian dan tampak bagi kalian sesuatu yang di belakangNya adalah kesulitan. Dan tampak bagi kalian, dari Tuhan kalian, sesuatu yang tidak kalian sangka-sangka sebelumnya, dan di sanalah pengikut-pengikut kebatilan akan merugi”. Kitab Ma’ani Al-Akhbar, Syeikh Al-Shaduq, halaman 355.

Pada hari ini, mereka menyedari bahawa diri mereka telah mengikuti dan mengambil jalan orang-orang yang telah terlebih dahulu sesat. Apakah realiti yang kamu hadapi sekarang ini azab dari Allah SWT atau tidak? Jauh di lubuk hati kamu mengakui bahawa ini adalah azab dari Allah SWT tetapi kamu takut untuk mengakuinya dengan lidah kamu bahawa Ahmad Al-Hassan adalah utusan Imam Mahdi a.s. Ini adalah risalah Ketuhanan sepertimana firman Allah SWT: 

﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا﴾

“dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul” (Al-Isra’:15).

                                                                                           
Mukjizat Sebagai Medium Keimanan?

Mukjizat kebendaan tidak mungkin menjadi medium untuk berimannya manusia kepada Allah SWT, malahan Allah SWT tidak meredhai keimanan berasaskan kebendaan semata-mata seperti ini. sekiranya Allah SWT menerima iman sebegini, sudah pasti diterimaNYA keimanan Firaun setelah melihat Mukjizat kebendaan yang tidak dapat disangkal lagi iaitu melihat terbelahnya laut sambil menyentuh tembok laut yang tinggi dengan tangannya sendiri, seraya berkata: 

﴿آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ﴾

“Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)” (Yunus 10:90) . 

Namun begitu Allah SWT tidak meredhai keimanan sebegini dan berfirman lagi: 

﴿آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ﴾

“Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhNya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” (Yunus 10:91). 

SeterusNya Allah SWT membiarkan badan Firaun tidak luput agar manusia di kemudian hari berfikir, firmanNYA lagi: 

﴿فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ﴾

“Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhNya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami! (Yunus 10:92). 

Amat malang sekali kerana hanya sedikit dari kalangan manusia yang mengambil pengajaran dari ayat dan peristiwa ini. Begitulah mukjizat tidak mungkin dapat membuatkan manusia beriman sepertimana yang mereka kehendaki, kecuali berimanNya manusia dengan berat hati kerana dipaksa untuk menerima sesuatu yang hebat setelah tidak mampu berhadapan dengannya. Keislaman sebegini hanyalah Islam pada mata kasar dan bukannya Islam dalam ertikata tunduk kepada yang tidak Nampak (Ghaib) iaitu Allah SWT. Mereka yang bertadabbur dengan kisah para Nabi a.s akan mendapati bahawa mereka a.s didatangkan dengan perkara yang sama iaitu kesamaan yang tersebar luas di zaman mereka a.s. Musa a.s diberikan tongkat yang boleh menjadi ular besar di zaman yang terdapat banyakNya ahli sihir yang menukarkan tongkat menjadi ular bagi memukau pandangan orang ramai. Begitu juga Isa a.s diberikan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit ketikamana tersebar luasNya perubatan di zamannya. Nabi Muhammad (S)  juga diberikan mukjizat Al-Quran ketikamana umat Arab mengagung-agungkan sajak dan syair. Hal sedemikian berlaku adalah untuk kesamaran (اللبس), sebagaimana firmanNYA:

﴿وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكًا لَّجَعَلْنَاهُ رَجُلًا وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ﴾

“Dan kalau Kami jadikanNya malaikat (sebagai Rasul), tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran” (Al-An’aam 6:9).

Kesamaran ini adalah bagi memberi ruang kepada mereka yang tidak beriman dengan perkara ghaib agar dapat mentafsir dan seterusNya beriman dengan perkara ghaib. Jika tidak, keimanan mereka hanya berdasarkan kebendaan semata-mata dan bukanlah keimanan dan keislaman sebenar yang diterima oleh Allah SWT, sepertimana dalam firmanNYA: 

﴿قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لَا يَنفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): Pada hari pembukaan itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)” (Al-Sajdah 32:29).

Kesimpulannya, kesempurnaan Iman itu adalah beriman dengan perkara Ghaib seratus peratus sepertimana keimanan para Nabi dan Aushiak alaihimussalam. Tiap kali keimanan itu bercampur aduk dengan tanda, isyarat, karamah ataupun mukjizat kebendaan ianya adalah keimanan yang paling rendah dan tiada nilainya di sisi Allah SWT. Keimanan dan keislaman yang hanya berdasarkan kekuatan serta kesempurnaan mukjizat semata-mata adalah tidak diterima sepertimana tertolaknya keimanan dan keislaman Firaun. Ini kerana keimanan sebegini adalah seratus peratus keimanan kebendaan, sedangkan Allah SWT menggambarkan bahawa orang-orang beriman itu adalah orang yang beriman dengan perkara-perkara Ghaib:

﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴾

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”. (Al-Baqarah 2:3)

﴿الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَهُم مِّنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ﴾

“Iaitu mereka yang takut Tuhannya dengan beriman kepada perkara Ghaib dan mereka pula gerun cemas akan hari kiamat”. (Al-Anbiya’ 21:49)

﴿إِنَّمَا تُنذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَمَن تَزَكَّىٰ فَإِنَّمَا يَتَزَكَّىٰ لِنَفْسِهِ وَإِلَى اللَّـهِ الْمَصِيرُ﴾

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada mereka yang takut akan Tuhan mereka dengan beriman kepada perkara Ghaib, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali”. (Al-Fathir 35:18)

﴿إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَـٰنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ﴾

“Sesungguhnya peringatan dan amaran hanyalah kepada orang menurut Al-Quran serta ia takut Al-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia”. (Yasin 36:11)

﴿مَّنْ خَشِيَ الرَّحْمَـٰنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ﴾

“Orang yang takut akan Al-Rahman dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat”. (Qaf 50:33)

﴿لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّـهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّـهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ﴾

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menolongNYA serta Rasul-rasulNYA dengan beriman kepada perkara-perkara Ghaib, sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. (Al Hadid 57: 25) 

﴿إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ﴾

“sesungguhnya orang-orang yang takut akan TuhanNya dengan beriman kepada perkara-perkara ghaib, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar”. (Al-Mulk 67:12)